Sunday, June 28, 2009

situasi.

situasi 1
...

di kedai makan.
datang satu keluarga.
nampak gah. semua pandang.
duduk di satu meja.
dan datang seorang pemuda. berwajah ceria.

"makan apa makcik pakcik?"
mula mengisi kertas kosong yang sudah renyuk dengan contengan pendek.

20 minit kemudian.

datang membawa semua hidangan sekali gus,
setelah selesai meletakkan semua di atas meje die beredar.
belum sempat beredar, di panggil oleh pakcik empunya order.

"dik..pinggan kosong dua.."

"ok pakcik kejap.."

*berlalu pemuda tersebut*

"ni pakcik. *sambil meletakkan dua gelas air kosong di atas meje*"

di balas pakcik,

"bukan air kosong. pinggan kosong" *sedikit tinggi nada suara*

*berlalu kembali pemuda tersebut dengan membawa due gelas air kosong tadi*

selang beberapa minit,

"pakcik, ni pinggan nye.."

tegur lagi si pakcik,

"pinggan je..sudu garfu mane???"

anak pakcik tersebut membidas,

"jangan la macam tu. die pon orang. die pon ade hati."

*kelu meje makan*

setelah selesai pemuda tersebut menjalankan tugas,
die kembali ke meja pakcik tersebut.

"pakcik, makcik, semua sampai dah?"

anak pakcik tersebut terus berkata,

"dah bang. terima kasih."

*senyum pemuda itu dan berlalu menyambung tugas-tugas nya*

...

nampak tidak apa yang berlaku?
kesimpulan aku,
walaupun kau di lonjak-lonjak seperti raja,mahupun kau di tendang-tendang seperti sampah,
kau kene tahu jaga hati orang walaupun sedikit.
cuba kena pada batang hidung sendiri?
kau rasa lah.

--------------------------------------------------

situasi 2

...

sekumpulan sahabat,
sedang melepak-lepak minum.
sedang asyik berborak,
terkeluar satu ayat dari mulut salah seorang sahabat.

" kawan2, meje tak muat. alih sane sikit boleh?hehe.."

sahabat-sahabat lain mungkin kurang dengar lalu seperti batu.
dan terus kedengaran suara lantang pemuda tadi yang mulanya ramah.

"woi korang pekak ke? alih meje la sikit. simpang mane korang mari? kene bayar dam ke abang-abang sekalian??"

kawan-kawan lain mula bermuka.

...

kesimpulan nya,
kau tak selama nya beramai. satu hari kau akan sorang-sorang.
selepas itu,
baru kau tahu mana simpang perlu kau cari.
*merujuk kepada pemuda lantang*

--------------------------------------------------

situasi 3.

aku hendak tidur,
selamat malam dunia.
yang mana kurang hari ini,harap esok boleh di perbaharui.

2 comments:

sarah al -idrus said...

kita takkan pernah sedar hingga kena btg hidung sendiri baru sibuk nak bengang and maki org

Toffee said...

>.<" wah wah.